CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Permainan Matematik

Decimal Board Game

Hai murid-murid! Hari ini Cikgu Ziham akan ajar kamu semua satu permainan baru. 
Kamu semua suka main permainan papan tak? Macam SAHIBA, SAIDINA, Monopoly, Catur, Dam Aji, Dam Ular dan sebagainya. Jadi, hari ini Cikgu Ziham akan ajarkan kamu satu permainan baru yang sangat menarik. Nama permainan tersebut ialah  
Decimal Board Game. 


Kalau nak main permainan ini, kamu perlu tahu:-
  • Operasi tambah dan tolak nombor perpuluhan.
  • Membaca nilai nombor perpuluhan.  



Bagaimana nak main permainan ini? Baca langkah di bawah dengan teliti.
  • Download gambar Decimal Board Game di bawah dalam bentuk jpeg dan print di atas sekeping kertas. 
  • Ajak kawan - kawan anda untuk bermain. Minimum 2 orang pemain diperlukan. 
  • Setiap pemain perlu mempunyai kad skor untuk mencatat nilai perpuluhan yang didapati
  • Lontar dadu dan gerakkan gundu mengikut nombor pada dadu
  • Catatkan nilai perpuluhan pada kad skor
  • Selepas beberapa pusingan, jumlahkan nilai perpuluhan (variasikan dengan kemahiran Subtraction of fraction)
  • Pemenang ditentukan dengan nilai perpuluhan paling tinggi (tambah semua nilai perpuluhan yang kamu kumpul).


Selamat Bermain !!!





*Nota untuk guru - Permainan ini sangat sesuai dijadikan aktiviti pengayaan selepas topik Addition and Subtraction of Fraction.

5 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini...saya buat semasa aktiviti koko pers matematik.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini...saya buat semasa aktiviti koko pers matematik.

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu. saya guna pakai dlm kem rekreasi matematik. moga Allah beri kebaikan buat cikgu dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  4. terima kasih cikgu. saya guna pakai dlm kem rekreasi matematik. moga Allah beri kebaikan buat cikgu dunia dan akhirat

    ReplyDelete